posted by: Dunia Andromeda
Dari Abdullah Ibnu
Umar ra bahwa Rasulullah saw bersabda "Ketika saya sedang tidur, saya
bermimpi melakukan tawaf di Kaabah, lalu ada seorang berambut lebat yang
meneteskan air dari kepalanya, lalu aku tanyakan siapakah ini, mereka
menjawab, "Ibnu Maryam as", kemudian aku berpaling dan melihat seorang
laki-laki yang gemuk, berkulit merah, berambut keriting, matanya buta
sebelah, dan matanya itu seperti buah anggur yang masak (tak bersinar).
Mereka mengatakan, "Ini Dajjal".
Dia adalah orang
yang paling mirip dengan Ibnu Qathn, seorang laki-laki dari Khuza'ah."
[HR al-Bukhari, dan Muslim].
Dari Anas,
beliau berkata, Rasulullah saw bersabda, Dajjal itu matanya terhapus
(buta), tertulis di antara kedua matanya kafir, kemudian beliau
mengejanya, kafir yang boleh dibaca oleh setiap orang muslim dan di
antara kedua matanya terdapat tulisan "kafir" (HR Muslim)
Pada hadis
pertama di atas menyebutkan beberapa ciri fizikal dajjal, iaitu postur
tubuhnya gemuk, kulitnya kemerah-merahan, sebelah matanya buta, matanya
seperti buah anggur yang masak. Dan pada hadis kedua disebutkan ciri
yang lain, iaitu tertulis huruf kafir di antara kedua matanya.
Tanda itu boleh
difahami oleh setiap muslim baik yang boleh membaca maupun yang buta
huruf. Ummu Syuraik bertanya kepada Rasulullah tentang hari dajjal : "Ya
Rasulullah ke mana orang-orang Arab ketika itu?".
Rasulullah
menjawab "Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke
Baitulmaqdis menjumpai Imam (Imam Mahdi) mereka.
Ketika Imam
mereka sudah berdiri di depan untuk mengimamkan solat subuh, tiba-tiba
datang Isa Bin Maryam. Imam itu mahu mundur untuk memberi peluang kepada
Isa, tetapi Isa sambil memegang bahu Imam itu berkata : "Teruskanlah,
sesungguhnya Iqamat dibacakan untuk engkau".
Maka
sembahyanglah mereka semua dibelakang Imam tadi. Selesai solat, Isa A.S.
berkata kepada semua jemaah : "Bukakan pintu itu". Mereka membuka pintu
Masjid itu, tiba-tiba Dajjal sudah berdiri di situ dan di belakangnya
ada 70,000 orang Yahudi lengkap bersenjata. Melihat Isa A.S.
ada di dalam
masjid itu, Dajjal tiba-tiba sahaja cair seperti cairnya garam disirami
air. Dajjal lari kerana ketakutan Isa terus sahaja mengejarnya kemudian
menjumpai di Babu Luddi dan di situlah Isa A.S. membunuhnya.
Orang-orang
Yahudi cuba melarikan diri dan bersembunyi tetapi semua benda tempat
mereka bersembunyi akan berkata-kata dengan izin Allah. Benda-benda
dimaksudkan termasuklah dinding, batu, pokok, kayu dan termasuk juga
sepohon pokok berduri (disebut pokok Yahudi).
Pintu masuk ke
kota Lod. Tempat Dajjal akan dibunuh. Jauh tempat ini dari Jeruselem
lebih kurang 45 km
Kawasan berbukit
yang subur di kota Lod, kota yang berumur 2000 tahun
Lod (Bahasa
Ibrani: לוֹד; Arab: اَلْلُدّْ, al-Ludd; Greco-Latin Lydda), juga dieja
dan disebut Ludd, ialah sebuah bandar diDaerah Tengah, Israel, sekitar
20 kilometer di tenggara Tel Aviv dan 3 kilometer utara Ramallah. Pada
akhir tahun 2007, kota ini berpenduduk 67,000 orang, di mana 80%
daripadanya adalah dari kaum Yahudi, manakala 20% lagi dari umat Arab
Palestin berikutan projek perluasaan tapak penempatan haram Yahudi.
Nama lama kota
ini, selama ribuan tahun, ialah Lydda, Lydea dan Al-Lydd, dan kota ini
juga terkenal dengan nama Diospolis. Dalam Injil 1 Tawarikh 8 disebutkan
bahawa kota ini menjadi tempat tinggal bagi Suku Bunyamin (anak kepada
Nabi Yaakub a.s. dan adik kepada Nabi Yusuf a.s.). Kononnya, di tempat
inilah Santo Peter menyembuhkan seseorang yang mengalami penyakit
lumpuh, seperti yang disebutkan dalam Kisah Para Rasul 9: 32-38.
Di kota ini ada
sebuah gereja yang dikenali sebagai: Gereja Santo Georgius dan sebuah
Masjid yakni: Masjid El-Chodr. Bahagian tempat peribadatan itu membentuk
kompleks bangunan, gereja dan masjid itu juga memiliki pintu masuk yang
unik.
Kota ini
dikenali kerana mempunyai sistem Bandar Antarabangsa yang mempunyai
banyak persamaan dengan Bandar Tel Aviv yakni Bandar Ben Gurion. Setakat
ini telah adanya jalan raya dan jalur KA yang menghubungkan kota ini
dengan Tel Aviv.
Lapangan terbang
utama Israel, Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion (dahulunya
dikenali sebagai Lapangan Terbang Lydda, RAF Lydda, dan Lapangan Terbang
Lod) terletak di bandar ini. Mengikut perspektif Islam pula, di
pagar/tembok Kota Lod inilah akan terjadinya pembunuhan Dajal oleh Nabi
Isa a.s..
Dalam hadits
Nawwas bin Sam'an yang panjang yang membicarakan kemunculan Dajjal dan
turunnya Isa alaihissalam, Rasulullah shalallahu alaihi wasallam
bersabda:
"Ketika Allah
telah mengutus al-Masih Ibnu Maryam, maka turunlah ia di menara putih di
sebelah timur Damsyik dengan mengenakan dua buah pakaian yang dicelup
dengan waras dan zafaran, dan kedua telapak tangannya diletakkannya di
sayap dua Malaikat; bila ia menundukkan kepala maka menurunlah
rambutnya, dan jika diangkatnya kelihatan landai seperti mutiara.
Maka tidak ada
orang kafir pun yang mencium nafasnya kecuali pasti meninggal dunia,
padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. Lalu Isa mencari Dajjal
hingga menjumpainya di pintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal hingga
menjumpainya di pintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal. Kemudian Isa datang
kepada suatu kaum yang telah dilindungi Allah dari Dajjal, lalu Isa
mengusap wajah mereka dan memberi tahu mereka tentang darjat mereka di
syurga." (Shahih Muslim, Kita Al-Fitan wa Asyrathis Sa'ah, Bab Dzikr
Ad-Dajjal 18:67-68)
Aus bin Aus
Ats-Tsaqafi meriwatkan bahwa Rasulullah shalallhu 'alaihi wasallam
bersabda, "'Isa bin Maryam akan turun di Menara Putih sebelah timur Kota
Damsyik." (HR Thabrani)
Menurut Ibnu
Katsir Nabi Isa akan turun disisi menara sebelah timur Masjid Jamik
Umawi iaitu di sebelah timur Damaskus/Damsyik.
Menara tersebut
telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir iaitu pada tahun 741 Hijrah.
Pembiayaanya diambil dari harta orang-orang Nasrani yang sebelumnye
telah membakar menara tersebut.Hafiz Ibnu Katsir dalam an-Nihayah
berkata, "Inilah pendapat yang lebih masyhur tentang tempat turunnya
Isa, iaitu di menara putih di timur Damsyik. Dan saya telah melihat di
sebagian buku bahwa Isa turun di menara putih sebelah timur Jami'
Damsyik. Mungkin inilah yang lebih valid dan bunyi riwayatnya, 'Maka dia
turun di atas menara putih yang ada di timur Damsyik'. Jadi rawi
membuat redaksi sendiri sesuai dengan apa yang dia fahami.
Dan di Damsyik
tidak ada menara yang dikenali dengan menara timur kecuali menara yang
berada di timur Jami' Umawi dan inilah yang lebih cocok dan lebih sesuai
kerana Isa turun pada saat didirikannya shalat…" (An-Nihayah fi
al-Fitan wa al-Malahim I/192)
Menurut Sami bin
Abdullah Al-Maghluts pula dalam bukunya Athlas Tarikh al-Anbiya' wa
ar-rosul (atlas sejarah nabi dan rosul) ada dua buah menara yang sangat
mirip sebagaimana disebutkan dalam hadist di atas. Kedua menara itu
adalah menara Masjid al-Umawi (Umayyah) yang di bangun oleh al-Walid bin
Abdul Malik (lihat atlas hadist karya Syauqi Abu Khalil) dan menara
tembok damaskus. Kedua tempat tersebut memiliki kemiripan yang diduga
disana lah Isa AS akan turun.
Sifat Dan Rupa
Nabi Isa Alaihissalam
Adapun
sifat-sifatnya maka Nabi kita saw telah menyatakan bahawa Isa adalah
laki-laki berperawakan sedang tidak tinggi tidak pendek, berwajah bulat,
berkulit kemerah-merahan, berdada lapang, orang yang paling mirip
dengannya adalah Urwah bin Mas'ud ast-Tsaqafi.
Dari Abu
Hurairah bahawasanya Rasulullah saw bersabda, "Antara diriku dengan Isa
tidak ada nabi, dan sesungguhnya dia pasti turun. Jika kalian melihatnya
maka kenalilah dia. Sesungguhnya dia berperawakan sedang, putih
kemerah-merahan, dia turun di antara dua potong baju berwarna
kekuning-kuningan, kepalanya seolah-olah menetes walaupun tidak basah,
dia memerangi manusia di atas Islam, lalu dia mematahkan salib, membunuh
babi dan menghapus jizyah. Pada masanya Allah menghancurkan semua agama
kecuali Islam, dia membunuh al-Masih ad-Dajjal kemudian tinggal di bumi
selama 40 tahun kemudian wafat dan kaum muslimin menshalatkannya." (HR.
Abu Dawud, al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah)
Dari Abu
Hurairah, Nabi saw bersabda, "Pada malam Isra'…. Dan saya bertemu dengan
Isa. Lalu Nabi saw menjelaskan ciri-cirinya, 'Orangnya sedang, kulitnya
kemerah-merahan, seolah-olah dia habis mandi, saya melihatnya…'." (HR.
al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)
Dari Jabir bin
Abdullah bahawa Rasulullah saw bersabda, "Saya bertemu dengan para nabi,
ternyata Musa…. Saya melihat Isa bin Maryam, ternyata orang yang paling
mirip dengannya adalah Urwah bin Mas'ud…." (HR. Muslim dan at-Tirmidzi)
Dari Abdullah
bin Abbas Rasulullah saw menceritakan malam Isra'nya, beliau bersabda,
"Saya melihat Isa berperawakan sedang kemerah-merahan berambut lurus…."
(HR. al-Bukhari dan Muslim)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar