posted by: Dunia Andromeda
Penemuan saintis dan ahli arkeologi sejak beberapa tahun kebelakangan
ini seolah-olah menafikan tanggapan umum yang dunia silam adalah dunia
mundur, tidak bertamadun serta belum terdedah kepada teknologi.
Malah, saintis kini semakin kebingungan memikirkan penemuan artifak
purba menjurus kepada kenyataan yang keadaan dunia kuno sebenarnya sudah
begitu maju dari segi sains dan teknologi malah mungkin lebih
futuristik daripada zaman sekarang!
Kenyataan itu memang sukar dipercayai tambahan pula kita dimaklumkan
yang era perkembangan sains dan teknologi hanya bermula sekitar 200 lalu
malah teknologi komputer berasaskan elektronik saja hanya bermula
sekitar 1940.
Akan tetapi, artefak purba serta catatan kuno yang ditemui saintis
menceritakan sebaliknya - masyarakat zaman purba sudah memiliki
teknologi hebat serta maju dalam pelbagai bidang terutama sains.
Bagaimanapun, atas sebab tertentu yang masih menjadi misteri, zaman
purba yang serba canggih dan futuristik itu akhirnya lenyap sehingga
dunia kembali menjadi mundur, tidak bertamadun dan jauh daripada
perkembangan teknologi.
Sehinggalah kira-kira 200 tahun lalu, manusia kembali meneroka rahsia
sains dan dunia sekali lagi melangkah ke arah perkembangan teknologi.
Berikut adalah antara penemuan teknologi silam yang menunjukkan
seolah-olah dunia purba lebih maju atau menyamai kemajuan teknologi
ketika ini:
Penemuan baterai dari Baghdad, Iraq
Pada 1930, ahli arkeologi Austria, Dr Wilhem Konig yang menjalankan
kerja mencarigali di daerah Khujut Rabula, dekat Baghdad; menemui suatu
objek aneh tertanam di tapak itu. Objek itu terdiri daripada silinder
tembaga, batang besi serta aspal yang disusun dalam sebuah bekas tanah
liat seperti tempayan kecil setinggi 14 sentimeter (sm) dan berdiameter
lapan sm.
Penyelidikan lanjutan mendapati objek aneh itu ternyata berfungsi
seperti bateri malah bateri kuno itu dianggarkan berusia 2,000 hingga
5,000 tahun lalu! Penemuan menggemparkan itu secara tidak langsung
mencabar sejarah berikutan bateri dikatakan pertama kali dicipta pada
1800 oleh Count Alessandro Volta.
Penemuan itu juga secara tidak langsung menunjukkan masyarakat purba
yang wujud 5,000 tahun lalu sudah menemui tenaga elektrik sekali gus
‘menafikan’ Michael Faraday sebagai individu pertama menemui induksi
elektromagnetik dan hukum elektrolisis pada 1831.
Uji kaji mendapati bateri kuno itu mampu menghasilkan tenaga elektrik antara 1.5 volt hingga dua volt.
Kalkulator kuno.
Pada 1901, penyelam di perairan pulau Antikythera, Greece menemui
artifak berusia lebih 2,000 tahun dari sebuah runtuhan dasar laut.
Artifak menyerupai jam itu dikaji penyelidik, Derek J De Solla Price dan
didapati ia berfungsi sebagai ‘kalkulator’ yang menghitung pergerakan
bintang dan planet.
Reaktor nuklir berusia dua juta tahun.
Pada 1972, sebuah reaktor uranium yang sudah wujud sejak dua juta tahun lalu ditemui di Oklo di Republik Gabon, Afrika.
Kajian reka bentuk dan struktur lombong purba itu mendapati ia dapat
mengekang radioaktif daripada tersebar malah teknologi reaktor dan
kaedah digunakan pada zaman purba itu jauh lebih canggih daripada kaedah
reaktor nuklear digunakan pada zaman kini.
Penemuan itu menimbulkan persoalan sama ada manusia pada dua juta tahun
lalu sudah menguasai teknologi atom dan menggunakan sumber nuklear sama
ada sebagai sumber tenaga untuk kegunaan harian atau peperangan.
Kanta optik
Di lokasi sama dengan penemuan bateri kuno di Baghdad, Iraq; turut
ditemui kanta optik purba yang dihasilkan kira-kira 2,200 tahun lalu.
Kanta purba sebesar kira-kira dua ibu jari itu dijumpai dengan bahagian
kacanya sedikit retak. Sebelum penemuan menggemparkan itu, kanta
dikatakan pertama kali dihasilkan di Eropah pada abad ke-16.
Bagaimanapun penemuan kanta kuno itu menunjukkan masyarakat purba sudah
lama mengetahui kaedah menghasilkan kanta serta mengaplikasikannya dalam
kehidupan.
Jantung buatan
Di dada kiri mumia anak lelaki dalam sebuah piramid Mesir, penyelidik
menemui jantung buatan. Sejarah ilmu perubatan pada masa kini
memperlihatkan jantung buatan hanya dihasilkan beberapa puluh tahun lalu
tetapi penemuan itu memungkinkan jantung buatan sudah dihasil dan
dipasang pada 5,000 tahun lalu.
Robot
Pada zaman pemerintahan Kaisar Mu (976 hingga 922 SM) di China, pencipta
berbakat, Ma Daifeng menghasilkan aplikasi robotik yang dibina tetapi
berasaskan mekanisme mekanikal. Robot yang dibina dapat bernyanyi dan
menari seperti manusia, membawa peralatan kepada tuannya selain
mempunyai organ tubuh seperti tulang, otot, sendi, kulit dan rambut.
Turut dicipta Ma Daifeng pada zaman berkenaan adalah alat merekod jarak
perjalanan selain aplikasi untuk industri kilang yang mampu bekerja
tanpa kawalan manusia.
Kendaraan
Ukiran purba ditemui di sebuah kuil Kerajaan Mesir Purba di Abydos,
Mesir menunjukkan gambar kenderaan yang wujud pada zaman ini walaupun
ukiran itu dianggarkan dihasilkan lebih 3,000 tahun lalu. Gambar
berkenaan yang jelas kelihatan adalah helikopter, kapal selam, bot dan
pesawat. Pada 1898, di sebuah makam kuno berusia kira-kira 2,200 tahun
di Saqquara, Mesir, replika pesawat yang formatnya mirip dengan pesawat
terbang moden ditemui
Tidak ada komentar:
Posting Komentar