posted by: Dunia Andromeda
Dajjal adalah
seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk
lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “Minal
Munzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke
atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun
semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di
Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan
kematiannya sehingga kiamat nanti.
Dajjal;
ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung.
Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya.
MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan
bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala
ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan
mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia
akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun
kelahiran dan kehidupan masa keciltidak diketahui dgn jelas.
Sifat Badannya:
Hadis
Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah
orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta
dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan
Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri
perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya:
Seorang
yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan;
Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan
kayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada
dua:
Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg
kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan
berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah
cacat.
Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini
dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau
tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma
dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu,
kedua-dua tandayg terakhir ini belum ada pada dirinya.
Tempat Tinggalnya Sekarang:
Menurut
riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal
itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan
ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis
mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca
terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal
itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk
keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah
disebelah Timur bukan di Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal
akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama
empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn
setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan
satuminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi
keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan
dan 14 hari.
Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami
bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi
ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari
yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari
ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (yaitu 37
hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa. Lalu kami bertanya lagi:
Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah
cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja).
Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn
menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
Maksud
Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu
pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya
kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh
pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita
sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor
itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib
kita sembahyang Asar Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib,
Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama
panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari
itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga
pada hari Kedua dan ketiga.
Fitnah Dajjal:
Dajjal
telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana
itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di
antara kemampuan Dajjal ialah: Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya.
Benda-benda
beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji
dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut.
Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun
kedua akan kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga hujan tidak akan turun
langsung.
Umat akan dilanda kelaparan dan kekeringan. Di saat itu Dajjal
akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu
Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu
hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi,
perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org yg bersekutu dgn
Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mau bersukutu dgn Dajjal..mereka
akan tetap berada dlm kelaparan dan kesusahan.
Dan ada
diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan)
sedangkan org yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan
kelaparann.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w.
bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu
wahai Rasulullah?”Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan
bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang
akan menggantikan makanan.” H.R Ibnu Majah
Bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di
antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga
dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan
kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar
adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu
sebenarnya Nerakadan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat
dimasukinya:
Kepantasan
yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalauhari ini
maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet
tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagidaripada
kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam
satu jam”…
Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan
perjalanannya diatas muka bumi ini? Nabi menjawab:”Kepantasan
perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atau awan)
yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R Muslim
Namun demikian,
Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam yaitu
Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan
juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa
yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar