posted by: Dunia Andromeda
Pada tanggal 24 Oktober 1945,
Persatuan Bangsa-Bangsa (PBB) secara resmi didirikan
untuk menggantikan Liga Bangsa-Bangsa. Para wakil dari negara-negara
Sekutu pada Perang Dunia Kedua, yaitu AS, Soviet, Inggris, dan Perancis,
dalam perundingan-perundingan selama perang tersebut telah memulai
persiapan pendirian PBB ini. Akhirnya, dalam konfrensi di San Fransisko,
Amerika, para wakil dari 50 negara-negara dunia menandatangani piagam
pembentukan PBB.
PBB bermarkas
tetap di New York. Tujuan utama didirikannya PBB, seperti yang
disinggung dalam piagam PBB, adalah untuk menjaga perdamaian di dunia,
mengembangkan hubungan persahabatan antar bangsa, memupuk kerjasama
internasional untuk menyelesaikan berbagai masalah ekonomi, sosial, dan
budaya, serta mengembangkan penghormatan atas Hak Asasi Manusia dan
kebebasan.
Tak dapat disangkal
bahwa PBB telah melakukan banyak hal yang patut dipuji. Namun, adanya
hak veto untuk lima negara anggota tetap Dewan Keamanan, yaitu AS,
Rusia, Inggris, Prancis dan China, telah membuat kebijakan Dewan
Keamanan sebagai salah satu badan utama PBB, selalu mengikuti langkah
kelima negara tersebut, khususnya AS. Sebaliknya, Majlis Umum yang
menjadi forum seluruh anggota PBB justeru tidak memiliki kekuatan yang
berarti dibanding dengan
Dewan Keamanan. Ketidakadilan inilah yang telah
menghambat keberhasilan PBB dalam mengemban misinya, dan bahkan telah
melahirkan protes dari banyak negara anggotanya.
Piagam PBB adalah konstitusi PBB. Ia
ditanda tangani di San Francisco pada tanggal 26 Juni 1945 oleh kelima
puluh anggota asli PBB. Piagam ini mulai berlaku pada 24 Oktober 1945
setelah ditandatangani oleh lima anggota pendirinya-Republik China
(Taiwan), Perancis, Uni Soviet, Britania Raya, Amerika Serikat -dan
mayoritas penanda tangan lainnya. Sebagai sebuah Piagam ia adalah
sebuah perjanjian konstituen, dan seluruh penanda tangan terikat dengan
isinya. Selain itu,Piagam
tersebut juga secara eksplisit menyatakan bahwa Piagam PBB mempunyai
kuasa melebihi seluruh perjanjian lainnya. Ia diratifikasi oleh AS pada 8
Agustus 1945, yang membuatnya menjadi negara pertama yang bergabung
dengan PBB.
tujuan
PBB
- Memelihara perdamaian dan keamanan dunia.
- Mengembangkan hubungan persahabatan antarbangsa berdasarkan asas-asas persamaan derajat, hak menentukan nasib sendiri, dan tidak mencampuri urusan dalam negeri negara lain.
- Mengembangkan kerjasama internasional dalam memecahkan masalah-masalah ekonomi, sosial, budaya, dan kemanusiaan.
- Menyelesaikan perselisihan dengan cara damai dan mencegah timbulnya peperangan.
- Memajukan dan menghargai hak asasi manusia serta kebebasan atau kemerdekaan fundamental tanpa membedakan warna, kulit, jenis kelamin, bahasa, dan agama.
- Menjadikan pusat kegiatan bangsa-bangsa dalam mencapai kerja sama yang harmonis untuk mencapai tujuan PBB.
Asas PBB
- Persamaan derajat dan kedaulatan semua negara anggota.
- Persamaan hak dan kewajiban semua negara anggota.
- Penyelesaian sengketa dengan cara damai.
- Setiap anggota akan memberikan bantuan kepada PBB sesuai ketentuan Piagam PBB.
- PBB tidak boleh mencampuri urusan dalam negeri negara anggota.
Struktur organisasi
Piagam PBB menguntukkan enam alat yang
utama, iaitu:
- Perhimpunan Agung
- Majlis Keselamatan
- Majlis Ekonomi dan Sosial
- Majlis Peramanahan
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)
- Sekretariat
Bagaimanapun, terdapatnya juga banyak agensi khas untuk
tujuan-tujuan yang tertentu. Untuk nama agensi-agensi PBB yang lain,
sila lihat bahagian: Senarai
badan-badan PBB yang lain.
1.Perhimpunan Agung
Perhimpunan Agung PBB (GA) terdiri
daripada kesemua ahli-ahli pertubuhan ini dan bertemu setiap tahun di
bawah seorang presiden yang dipilih daripada wakil-wakilnya.
Sebagai
alat PBB tunggal yang diwakili oleh kesemua ahli, Perhimpunan ini
bertindak sebagai forum untuk ahli-ahlinya membincangkan persoalan
undang-undang antarabangsa serta membuat keputusan tentang pengendalian
pertubuhan ini.
2 Majlis Keselamatan
Majlis Keselamatan UN merupakan alat yang
paling berkuasa dalam PBB. Ia bertanggungjawab kepada pemeliharaan
keamanan dan keselamatan antara negara-negara. Sedangkan alat-alat PBB
yang lain hanya membuat cadangan kepada kerajaan ahli-ahli, Majlis
Keselamatan mempunyai kuasa di bawah Piagam PBB untuk memutuskan mana
satu kerajaan ahlinya harus melaksanakan keputusannya.
Keputusan-keputusan
Majlis Keselamatan digelarkan "Ketetapan Majlis Keselamatan PBB".
Ahli-ahli Majlis Keselamatan bergilir-gilir memegang jawatan pengerusi
setiap bulan.
3 Majlis Ekonomi dan Sosial
Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) PBB
membantu Perhimpunan Agung untuk mempromosikan kerjasama dan
perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa. ECOSOC mempunyai 54 ahli
yang dipilih oleh Perhimpunan Agung untuk tempoh tiga tahun. Walaupun
setiap ahli PBB berlayak untuk dipilih, ahli-ahlinya sentiasa menyokong
ahli-ahli daripada negara "Dunia Pertama".
Presiden ECOSOC dipilih untuk tempoh satu
tahun daripada kalangan ahlinya yang merupakan kuasa kecil ataupun
tengah. ECOSOC bertemu setiap tahun pada bulan Julai untuk sidang
selama empat minggu. Sejak 1998, ia telah mengadakan lagi sebuah
mesyuarat pada setiap April untuk bertemu dengan menteri-menteri
kewangan yang mengetuai jawatankuasa utama dalam Bank
Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa
(IMF).
ECOSOC berfungsi dengan
cara yang serupa dengan organ-organ PBB yang lain, termasuklah
mengumpul maklumat, menasihatkan ahli-ahli negara, dan membuat
cadangan. Tambahan pula, ECOSOC adalah di dalam kedudukan yang baik
untuk memberikan polisi kepaduan dan menyelaraskan fungsi-fungi
badan-badan subsidiari PBB yang bertindih; dimana dalam peranan ini
bahawa ia amat giat.
4 MAJELIS PERWALIAN
Majlis
Peramanahan PBB telah ditubuhkan untuk membantu memastikan bahawa
wilayah-wilayah bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan
kepentingan penduduk-penduduk serta keamanan dan keselamatan
antarabangsa. Kini, kesemua wilayah amanah ini — kebanyakannya merupakan
mandat Liga Bangsa-bangsa ataupun wilayah yang diambil daripada
negara-negara yang ditewaskan pada akhir Perang Dunia II — telah memperoleh kerajaan sendiri ataupun
kemerdekaan, baik sebagai negara tersendiri, mahupun melalui
penggabungan dengan negara jiran yang merdeka.
Palau
merupakan wilayah yang terakhir, dan telah menjadi ahli PBB pada
Disember 1994.
Selepas misinya telah siap, Majlis
Peramanahan menggantungkan operasinya pada 1
November 1994,
dan walaupun ia masih wujud pada kertas, penghapusannya yang rasmi
memerlukan penyemakan Piagam PBB. Bagaimanapun, pada Mac 2005,
Setiausaha Agung Kofi Annan mencadangkan reformasi yang meluas,
termasuknya penghapusan Majlis Peramanahan.
5 Mahkamah Keadilan Antarabangsa
Mahkamah
Keadilan Antarabangsa (dikenali dalam bahasa basahan sebagai "Mahkamah
Dunia" atau ICJ} merupakan alat kehakiman yang utama untuk PBB. Ia
ditempatkan di Peace Palace, Hague, Belanda.
Ditubuhkan pada tahun 1945, Mahkamah ini
merupakan waris kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
Mahkamah ini harus tidak dikeliru dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa
(Belgium) yang juga mempunyai kuasa "sejagat". Bahasa Inggeris dan
bahasa Perancis merupakan bahasa rasminya.
Fungsi-fungsi utamanya
adalah untuk menyelesaikan pertikaian undang-undang yang diserahkan
oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang soalan-soalan
undang-undang yang diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi
antarabangsa yang diberi kuasa. Bilangan keputusan yang dibuat oleh ICJ
masih tidak banyak, tetapi terdapatnya kesanggupan yang lebih besar
untuk menggunakan Mahkamah ini sejak tahun-tahun 1980-an, khususnya di
kalangan negara-negara membangun. Bagaimanapun, Amerika Syarikat telah
menarik diri daripada bidang kuasa wajib pada tahun 1986, dan kini
hanya menerima keputusan mahkamah mengikut budi bicaranya.
6 Sekretariat
Sekretariat PBB diketuai oleh Setiausaha
Agung yang dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam antarabangsa. Piagam
PBB mensyaratkan bahawa kakitangannya dipilih daripada kawasan-kawasan
yang meluas di seluruh dunia. Setiausaha Agung seorang diri sahaja
bertanggungjawab memilih kakitangan.
Sekretariat PBB membekalkan kajian, maklumat dan kemudahan
yang diperlu oleh badan-badan PBB untuk mesyuarat mereka. Ia juga
melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Majlis Keselamatan, Perhimpunan
Agung, Majlis Ekonomi dan Sosial, dan badan-badan PBB yang lain.
Tugas-tugas Setiausaha Agung termasuk membantu menyelesaikan pertikaian
antarabangsa, mentadbirkan operasi penjagaan keamanan, mengatur
persidangan antarabangsa, mengumpul maklumat tentang pelaksanaan
keputusan-keputusan Majlis Keselamatan serta berunding dengan kerajaan
ahli-ahlinya terhadap pelbagai langkah yang dimulakan oleh PBB.
PERANAN PBB
Di mana peran PBB sebagai institusi internasional yang
paling bertanggung jawab atas perdamaian dan stabilitas percaturan
politik internasional? Mengapa PBB tidak pernah mampu mengambil alih
kasus internasional yang melibatkan negara-negara kuat di dalamnya?
Sebagai institusi internasional terbesar, PBB bertugas menjaga
stabilitas internasional yang terwujud dalam tiga hal: peningkatan
perdamaian; penciptaan perdamaian; dan pemeliharaan perdamaian.
Kenyataannya, tugas itu kerap menghadapi hambatan yang justru datang
dari anggotanya sendiri.
Dalam kasus yang berkait dengan negara yang
memiliki power relatif lemah, peran PBB terlihat amat menonjol dan
kuat. Tetapi dalam menghadapi aksi negara kuat, PBB justru sebaliknya,
terlihat lemah tidak berdaya. Ini terjadi karena dalam hubungan
internasional, pembangunan dan pelaksanaan suatu hukum, kaidah, dan
tata aturan berbagai kesepakatan lembaga internasional, selalu
mengalami aneka hambatan dan ketidak-efektivan karena terhadang batasan
kedaulatan setiap negara atau tidak adanya lembaga internasional
otoritatif yang berkompeten dalam pengaturan sistem internasional.
Segala norma dan institusi internasional seolah mandul tidak berdampak
serius terhadap para defector, terutama negara-negara yang memiliki
power relatif besar. Hukum internasional dan berbagai norma organisasi
internasional banyak ditaati, tetapi negara-negara besar dapat
melanggarnya jika mereka mau tanpa ada sanksi berarti dari
negara-negara lain atau PBB sekalipun. Dengan nada mengejek, Stalin
menganalogkan PBB seperti Paus, tidak memiliki pasukan militer sendiri
serta perindustrian untuk menghasilkan berbagai komoditas yang dapat
digunakan guna mengubah kebijakan eksternal maupun internal suatu
negara.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar