Senin, 30 April 2012

Tarzan Diinspirasi Oleh Kisah Hayy karya Ibnu Thufail

posted by: Dunia Andromeda

Kisah Hayy bin Yaqdzan karya Ibnu Thufail ternyata juga amat dikenali ramai dan berpengaruh dalam penulisan novel dan kisah tentang manusia yang hidup di hutan.

Salah satu novel yag mengisahkan tentang perkara ini adalah The Jungle Book karya Rudyad Kipling.Novel ini mengisahkan tentang pengembaraan Mougly,seorang bayi manusia diasuh dan dibesarkan oleh serigala,kera binatang hutan lain.


Hubung kait kisah Mougliy dengan kisah Hayy amat ketara dengan pemilihan latar belakang lokasi yang mengambil hutan tropika di India.Ibnu Thufail juga menceritakan kisah Hayy dengan latar belakang pulau Wak-Wak di laut Hindi.Kisah Mougliy yang diasuh oleh binatang di hutan juga mengingatkan pembaca pada kisah Hayy yang berjudul Hayy bin Yaqdzan:Manusia dalam asuhan Rusa.

Rupanya,kisah manusia rimba karya seorang penulis Amerika bernama Edgar Rice Bourrough ini juga sedikit banyak mendapat inspirasi dari kisah Hayy.Pada tahun 1971,F.Lacassin menulis buku berbahasa Perancis mengenai kisah Tarzan karya Bourrough setebal lebih dari 500 muka surat.Dalam tulisannya mengenai karya sastera yang menjadi rujukan Bourrough dalam menulis kisah Tarzan, didapati bahawa kisah Tarzan adalah diinspirasi oleh Kisah Hayy karya Ibnu Thufail.


Artikel Terkait:

Tidak ada komentar:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...